Dikemas kini 13 November 2026

Notis privasi

Notis ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul, sebabnya, dengan siapa kami berkongsi dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

1. Siapa kami

Preda Agency Sdn. Bhd. (No. SSM 202601014225), pemilik ArkibDigital.com, ialah pengguna data yang bertanggungjawab ke atas data peribadi anda. Hubungi kami tentang privasi melalui email hello@arkibdigital.com atau WhatsApp 016-620 9028.

2. Data yang kami kumpul

  • Butiran yang anda isi: nama, email, nombor telefon (WhatsApp) dan jawapan kepada soalan tambahan pada borang pesanan.
  • Butiran pesanan: produk, harga, tarikh, cara bayaran dan rujukan bayaran Stripe atau CHIP. Nombor kad dan maklumat bank anda diproses oleh Stripe atau CHIP dan tidak sampai kepada kami. Bagi bayaran kad, kami simpan satu kod daripada Stripe yang menunjukkan sama ada kad yang sama pernah digunakan (bukan nombor kad), untuk mengesan penipuan melalui link afiliat.
  • Butiran teknikal: alamat IP, jenis pelayar dan peranti, halaman yang anda beli, dan pengecam iklan seperti kuki Meta (_fbp, _fbc) dan tag UTM.
  • Bandar, negeri dan negara anda semasa membayar, yang dikira daripada alamat IP anda.
  • Penggunaan akaun: rekod log masuk, halaman modul yang dibaca, kotak yang ditanda, muat turun PDF, dan bahagian Rak Saya yang anda buka atau tekan setiap hari (contohnya galeri, tawaran dan tab Afiliat), tanpa masa atau peranti.
  • Rekod yang anda simpan dalam alat di dalam modul, contohnya jualan, kos atau tempahan. Kami simpan dalam akaun anda supaya rekod tu ada bila anda buka modul di phone lain. Admin kami cuma nampak saiz rekod, bukan isinya.
  • Jika anda memilih log masuk dengan Google: nama, alamat email, gambar profil dan pengecam akaun Google anda, yang Google berikan kepada kami dengan kebenaran anda. Kami gunakannya hanya untuk mengenal pasti akaun anda dan membenarkan anda log masuk, bukan untuk iklan. Kami tidak menerima password Google anda dan tidak mengakses Gmail, Drive, kenalan atau data Google yang lain.
  • Mesej yang anda hantar kepada kami melalui email atau WhatsApp. Di WhatsApp: nombor telefon dan nama WhatsApp anda, mesej, gambar dan voice note yang anda hantar, dan teks voice note itu. Kami padankan nombor anda dengan nombor telefon pada pesanan supaya kami boleh bantu dengan pesanan anda; kami cuma beritahu nama produk, nombor pesanan, tarikh dan email yang separuh disorok, dan email akses hanya dihantar semula ke email pada pesanan.
  • Mesej yang anda tulis dalam chat di laman brand kami, halaman tempat anda menulis, negara anda (dikira daripada alamat IP) dan tag iklan yang membawa anda ke laman itu. Pelayar anda menyimpan satu kod rawak supaya chat yang sama dibuka semula; kami cuma simpan hash kod itu, bukan kod itu sendiri. Jika anda bersetuju dalam chat, nama dan nombor WhatsApp atau email yang anda beri supaya pasukan kami boleh hubungi anda pasal soalan itu (bukan untuk marketing). Jika anda membeli dalam pelayar yang sama selepas chat, nombor order anda dipautkan pada chat itu supaya pasukan kami nampak anda dah beli bila membantu anda.
  • Mesej yang anda tulis dalam chat Bantuan di Rak Saya. Chat itu disimpan dalam akaun anda supaya sama di setiap peranti, dan pasukan kami nampak nama, email dan pesanan anda bila membantu anda.
  • Cara laman brand kami digunakan: halaman yang dibuka, dan sama ada borang pesanan dilihat, mula diisi dan butang bayar ditekan. Kami simpan kiraan sahaja, bukan siapa yang melawat. Pelayar anda ingat langkah yang sudah dikira hari itu supaya setiap orang dikira sekali sehari.
  • Bagi brand yang menggunakan Microsoft Clarity: rakaman cara halaman di laman brand itu di-scroll, diklik dan dibaca, dan heatmap daripadanya. Borang pesanan, kad pesanan di halaman terima kasih dan chat disorok daripada rakaman, jadi apa yang anda taip di situ tidak dirakam.
  • Jika anda menyertai program afiliat: nama afiliat, nama link, nombor telefon, nama yang anda taip sebagai tandatangan, masa anda menandatangani serta alamat IP dan pelayar ketika itu, bilangan klik pada link anda, dan komisen anda. Sebelum bayaran pertama: bank, nombor akaun dan nama pemegang akaun. Jika anda dibayar sebagai individu: nama penuh dan nombor kad pengenalan anda, serta gambar hadapan kad pengenalan. Jika anda dibayar sebagai perniagaan: nama perniagaan, nombor pendaftaran SSM dan salinan sijil SSM, dan bagi enterprise, nama, nombor kad pengenalan dan gambar kad pengenalan pemiliknya. Nombor kad pengenalan dan nombor akaun disimpan berkunci (hanya 4 digit terakhir boleh dibaca), gambar kad pengenalan dan sijil SSM tidak ditunjukkan semula kepada sesiapa selain pemilik ArkibDigital.com, dan setiap kali pemilik melihat nombor penuh, gambar atau sijil itu direkodkan. Nombor SSM ialah maklumat awam dan disimpan seperti biasa. Bagi setiap bayaran, kami menyimpan jumlah, tarikh, ID transaksi bank dan komisen yang dibayar.
  • Jika anda tekan bayar untuk produk yang belum dibuka (senarai menunggu): nama, email, nombor telefon, jawapan kepada soalan tambahan, pakej dan bump yang anda pilih, cara bayaran yang anda pilih (bukan nombor kad atau maklumat bank, yang tidak diminta), jumlah yang akan dibayar, persetujuan marketing, halaman itu, tag UTM, link afiliat yang membawa anda, dan bandar, negeri dan negara anda (dikira daripada alamat IP). Tiada bayaran diambil dan tiada pesanan dibuat. Pelayar anda memberitahu Meta Pixel ujian brand tersebut bahawa anda mula mengisi borang, menekan bayar dan membuat pembelian ujian itu, dengan jumlahnya.
  • Jika anda membeli melalui link afiliat: link itu disimpan dalam pelayar anda selama 30 hari. Afiliat tersebut nampak nombor pesanan, produk, tarikh dan jumlah bayaran sahaja, tidak nama, email atau nombor telefon anda.

3. Kenapa kami gunakannya

  • Memproses pesanan dan bayaran anda.
  • Memberi akses kepada produk, dan menghantar email akses, resit dan kod log masuk.
  • Menyimpan rekod pelanggan dan membantu anda melalui email, WhatsApp, chat di laman brand kami atau chat Bantuan di Rak Saya. Chat dan WhatsApp dijawab dahulu oleh pembantu AI, dan pasukan kami menyambung bila perlu.
  • Mencegah penipuan dan penyalahgunaan, contohnya cubaan kad curi.
  • Mengukur keberkesanan iklan kami melalui Meta Pixel dan Conversions API. Meta diberitahu apabila anda membuka halaman brand, mula mengisi borang pesanan, menekan bayar dan membeli, bersama produk yang dipilih dan jumlahnya. Apabila anda menekan bayar, walaupun bayaran tidak selesai, dan apabila anda membeli, email, nombor telefon dan nama anda dihantar dalam bentuk hash, bukan teks biasa.
  • Memperbaiki laman brand kami: melihat di mana pelawat berhenti, melalui kiraan kami sendiri dan Microsoft Clarity.
  • Menunjukkan pembeli terkini di laman brand kami: nama pertama anda sahaja, bandar atau negeri anda, dan berapa lama dahulu anda membeli, contohnya "Aminah baru beli dari Arkib Digital · Kota Bharu · 3 jam lepas". Kami tidak menunjukkan nama penuh, email atau nombor telefon anda. Jika anda tidak mahu ditunjukkan, hubungi kami dan kami akan keluarkan anda.
  • Menyimpan rekod perakaunan dan cukai seperti yang diwajibkan oleh undang-undang.
  • Menanda PDF yang anda muat turun dengan nama, email dan nombor pesanan anda pada setiap halaman, supaya salinan yang dikongsi tanpa kebenaran boleh dikesan kepada pembelinya.
  • Menghantar tips dan tawaran, hanya jika anda menandakan kotak persetujuan pada borang pesanan.
  • Senarai menunggu: menguji sama ada orang mahu sesuatu produk sebelum ia siap, dan menghantar satu email bila produk itu dibuka, hanya jika anda menandakan kotak persetujuan.
  • Bayaran yang tidak selesai: jika anda tekan bayar tetapi bayaran tidak sampai kepada kami dalam 30 minit, kami menghantar satu email sahaja tentang bayaran itu, dengan apa yang anda pilih dan link untuk menyambung bayar. Link itu mengisi semula borang pesanan dengan nama, email, nombor telefon dan pilihan anda selama 7 hari, dan kami hanya menyimpan hash link itu. Email ini berkaitan bayaran yang anda mulakan sendiri, bukan marketing, jadi ia tidak bergantung pada kotak persetujuan.

Nama, email dan nombor telefon diwajibkan untuk membeli. Tanpanya kami tidak dapat menghantar akses atau membantu anda. Persetujuan marketing adalah pilihan.

4. Dengan siapa kami berkongsi

Kami tidak menjual data anda. Kami berkongsi data hanya dengan penyedia yang membantu kami menjalankan perkhidmatan ini:

  • Stripe dan CHIP (pemprosesan bayaran: CHIP menerima nama dan email anda bersama pesanan bila anda bayar melaluinya);
  • Convex (pangkalan data, pelayan di Ireland);
  • Vercel (hos laman web);
  • Resend (penghantaran email);
  • Anthropic (AI yang menjawab chat di laman brand dan di Rak Saya: menerima mesej chat anda dan maklumat produk, termasuk nama produk yang anda miliki bila anda bertanya di Rak Saya, dan di WhatsApp nama WhatsApp anda, gambar yang anda hantar dan pesanan pada nombor anda seperti di atas, tanpa alamat IP, nombor telefon atau kod pelayar anda, dan tidak menggunakannya untuk melatih model);
  • OpenAI (menukar voice note WhatsApp kepada teks, jika diaktifkan: menerima rakaman voice note sahaja);
  • Google (log masuk dengan Google, hanya jika anda memilihnya);
  • Meta Platforms (pengukuran iklan);
  • jika anda datang ke laman brand melalui link afiliat dan afiliat itu memasang Meta Pixel atau Google Ads miliknya sendiri: Meta atau Google, untuk akaun iklan afiliat itu, menerima bahawa anda membuka halaman itu dan, jika anda membeli, jumlah, mata wang dan nombor order. Tag afiliat dijalankan dalam bingkai berasingan yang tidak boleh membaca halaman, jadi nama, email dan nombor telefon anda tidak sampai kepada mereka;
  • Microsoft (Microsoft Clarity, rakaman dan heatmap laman brand bagi brand yang menggunakannya, tanpa apa yang anda taip dalam borang pesanan atau chat);
  • sistem rekod pelanggan dan mesej kami, yang menyimpan nama, email, nombor telefon dan produk yang anda beli. Tips dan tawaran dari sistem ini hanya dihantar kepada pembeli yang bersetuju menerima marketing.

Kami juga boleh mendedahkan data jika diwajibkan oleh undang-undang atau pihak berkuasa.

5. Pemindahan ke luar Malaysia

Sebahagian penyedia kami menyimpan atau memproses data di luar Malaysia, termasuk di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Kami memilih penyedia yang mempunyai langkah perlindungan data yang setara, seperti yang dibenarkan oleh PDPA.

6. Kuki

Kami menggunakan kuki yang perlu untuk log masuk, pilihan bahasa, menyambungkan bayaran anda dengan halaman terima kasih, dan membuka semula chat anda di laman brand (selama 30 hari). Laman brand kami juga menggunakan Meta Pixel untuk mengukur iklan, dan sesetengahnya Microsoft Clarity untuk memahami cara halaman digunakan. Anda boleh menyekat kuki dalam tetapan pelayar anda. Menyekat Meta Pixel atau Clarity tidak menjejaskan pembelian anda.

7. Berapa lama kami simpan

  • Pesanan dan resit: 7 tahun, untuk keperluan perakaunan dan cukai.
  • Akaun dan akses: selagi anda memiliki produk dengan kami.
  • Persetujuan marketing: sehingga anda menariknya balik.
  • Salinan PDF yang ditanda dengan butiran anda: sehingga 30 hari selepas muat turun terakhir anda, atau sehingga akses anda ditamatkan.
  • Rekod dalam alat modul: selagi anda memiliki produk tersebut. Anda boleh padam rekod dalam alat itu sendiri pada bila-bila masa, atau minta kami padam semuanya. Jika akses anda ditamatkan, rekod dipadam 90 hari kemudian.
  • Mesej chat di laman brand, di Rak Saya dan di WhatsApp: 90 hari selepas mesej terakhir, kemudian dipadam, bersama nombor WhatsApp anda. Gambar dan voice note WhatsApp: 90 hari. Anda boleh minta kami padam chat anda lebih awal.
  • Kod log masuk: 10 minit.
  • Senarai menunggu: 180 hari selepas kali terakhir anda tekan bayar, kemudian dipadam. Anda boleh minta kami keluarkan anda lebih awal.
  • Rekod afiliat, komisen dan bayaran: selagi anda afiliat, dan 7 tahun selepas bayaran terakhir untuk rekod cukai.
  • Gambar kad pengenalan dan sijil SSM: selagi anda afiliat, dan 1 tahun selepas akaun afiliat anda ditutup. Fail lama dipadam sebaik anda menghantar yang baru, atau bila anda tukar cara dibayar dan fail itu tidak lagi diperlukan.

8. Keselamatan

Data dihantar melalui sambungan yang disulitkan. Token akses disimpan dalam bentuk hash, dan hanya pasukan kami yang memerlukannya boleh melihat data pembeli. Jika berlaku pelanggaran data yang menjejaskan anda, kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa seperti yang diwajibkan oleh undang-undang.

9. Hak anda

Di bawah PDPA, anda berhak untuk:

  • meminta salinan data peribadi anda;
  • membetulkan data yang tidak tepat;
  • menarik balik persetujuan marketing pada bila-bila masa;
  • meminta kami mengehadkan pemprosesan data anda;
  • meminta data anda dipindahkan, jika berkenaan.

Hubungi kami melalui email hello@arkibdigital.com atau WhatsApp 016-620 9028. Kami akan membalas dalam masa 21 hari. Anda juga boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.

10. Marketing

Kami hanya menghantar tips dan tawaran jika anda menandakan kotak persetujuan pada borang pesanan. Kotak itu tidak ditanda secara automatik. Untuk berhenti, tekan link berhenti dalam email kami, atau beritahu kami melalui email atau WhatsApp.

11. Kanak-kanak

Produk kami untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

12. Perubahan kepada notis ini

Kami mungkin mengemas kini notis ini. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di bahagian atas halaman ini. Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Melayu terpakai.