Dikemas kini 13 November 2026

Terma penggunaan

Terma ini terpakai apabila anda membeli atau menggunakan produk digital dari ArkibDigital.com, termasuk melalui laman brand kami seperti dietarymeals.arkibdigital.com.

1. Tentang kami

ArkibDigital.com ("kami") dimiliki dan dikendalikan oleh Preda Agency Sdn. Bhd. (No. SSM 202601014225). Kami menjual produk digital seperti ebook, PDF dan modul web. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui email hello@arkibdigital.com atau WhatsApp 016-620 9028.

2. Produk dan akses

Selepas bayaran anda disahkan, kami menghantar email akses ke alamat email yang anda isi. Produk anda tersedia di Rak Saya (app.arkibdigital.com). Anda log masuk dengan kod 6 digit yang dihantar ke email anda.

Akses anda tiada tarikh tamat. Jika kami berhenti menawarkan sesuatu produk, kami akan memberitahu anda sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal supaya anda sempat memuat turun PDF yang tersedia.

3. Harga dan bayaran

Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga yang terpakai ialah harga yang dipaparkan pada borang pesanan semasa anda membayar.

Bayaran diproses oleh Stripe atau CHIP (CHIP IN Sdn. Bhd.) melalui FPX, DuitNow QR, kad, GrabPay, Apple Pay atau Google Pay. Borang pesanan menunjukkan cara bayar yang ada dan siapa yang memprosesnya. Kami tidak menyimpan nombor kad atau maklumat bank anda. Resit dihantar dalam email akses dan boleh dilihat di Rak Saya.

4. Kegunaan yang dibenarkan

Pembelian anda memberi lesen untuk kegunaan peribadi anda sahaja. Anda boleh membaca, memuat turun dan mencetak produk untuk diri sendiri. Anda tidak dibenarkan:

  • berkongsi akaun, link akses atau fail PDF dengan orang lain;
  • menjual semula, mengedar atau memuat naik produk ke mana-mana laman, kumpulan atau aplikasi;
  • menyalin kandungan untuk dijadikan produk lain.

Kami boleh menggantung akses jika terdapat bukti jelas produk dikongsi atau diedar, selepas kami cuba menghubungi anda terlebih dahulu.

5. Akaun anda

Akaun anda dikaitkan dengan alamat email anda. Jaga akses kepada email tersebut kerana kod log masuk dihantar ke situ. Beritahu kami segera jika anda rasa akaun anda digunakan orang lain.

6. Refund

Anda boleh meminta refund dalam masa 7 hari selepas membeli. Butiran penuh ada dalam Polisi refund kami.

7. Kandungan produk

Kandungan kami ialah panduan umum. Ia bukan nasihat perubatan, pemakanan klinikal, kewangan atau profesional. Dapatkan nasihat doktor atau pakar bertauliah sebelum membuat perubahan besar kepada pemakanan atau kesihatan anda. Hasil setiap orang berbeza.

8. Had tanggungjawab

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tanggungjawab kami terhadap sesuatu pesanan tidak melebihi jumlah yang anda bayar untuk pesanan tersebut. Tiada apa-apa dalam terma ini yang mengurangkan hak anda sebagai pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

9. Perubahan kepada terma

Kami mungkin mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di bahagian atas halaman ini. Pembelian anda tertakluk kepada terma yang berkuat kuasa pada tarikh pembelian.

10. Undang-undang

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Jika timbul pertikaian, sila hubungi kami dahulu supaya kita boleh selesaikannya bersama. Anda juga boleh membawa tuntutan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.