Dikemas kini 13 November 2026

Polisi refund

Kami beri jaminan wang dikembalikan 7 hari. Jika produk kami tidak sesuai untuk anda, hubungi kami dalam masa 7 hari selepas membeli dan kami pulangkan wang anda.

1. Siapa yang layak

Anda layak mendapat refund penuh jika anda memintanya dalam masa 7 hari dari tarikh bayaran yang tertera pada resit anda. Anda tidak perlu memberi sebab.

2. Cara meminta refund

Hubungi kami melalui email hello@arkibdigital.com atau WhatsApp 016-620 9028. Sertakan nombor pesanan anda (contoh: AD-100001) atau email yang anda guna semasa membeli.

3. Bila wang anda sampai

Kami memproses refund dalam masa 3 hari bekerja selepas menerima permintaan anda. Wang dipulangkan melalui cara bayaran asal anda (kad, akaun bank FPX atau GrabPay). Bergantung kepada bank anda, wang biasanya sampai dalam masa 5 hingga 10 hari bekerja.

4. Akses selepas refund

Selepas refund, akses kepada produk dalam pesanan tersebut ditamatkan. Sila padam salinan PDF yang telah anda muat turun.

5. Selepas 7 hari

Selepas tempoh 7 hari, kami tidak menawarkan refund kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang, contohnya jika produk rosak atau tidak seperti yang diterangkan dan kami tidak dapat membetulkannya.

6. Penyalahgunaan

Kami boleh menolak refund jika terdapat corak membeli dan meminta refund berulang kali bagi produk yang sama.

7. Chargeback dan dispute

Sila hubungi kami dahulu sebelum membuat aduan kepada bank anda. Kebanyakan masalah boleh diselesaikan dengan cepat. Akses kepada produk digantung sementara dispute dengan bank masih terbuka.